BISMILLAH
ASSALAMUALAIKUM anda dan anda,

Apa khabar anda sekarang? Adakah anda..
masih mampu bergerak kesana kesini dengan gembiranya?
Masih mampu bersahur berbuka dengan bermacam hidangan hingga kenyangnya?
Masih mampu menyelimuti tubuh tika kedinginan?
Masih mampu berguling-guling di atas katil yang empuk?
Masih merasa hangatnya kasih-sayang orang tersayang?
Jika ya.. anda harus bersyukur itu…harus

kerana ujian, halangan dan pengorbanan mereka disana..

Mereka lali, kental, tabah dan kuat dalam tiap titisan darah yang menetes, dalam tangis  melihat orang yang dikasihi; anak, ibu, ayah pergi mengadap ilahi didepan mata, dalam keadaan satu-satunya rumah yang dijadikan tempat berlindung roboh menyembah bumi, dalam keadaan pergerakan disekat demi mencari sesuap nasi, dalam keadaan mengharap setitis air buat menghilangkan dahaga dan secubit roti untuk menampung perut, mereka jauh.. jauh sangat dibanding dengan anak-anak kita (jika) yang masih lagi bergelak sakan dengan boyafriend/gelifriend, yang masih lagi aci segan x mati je dengan solat, yang masih lagi sentap dengan mak ayah terus lari dari rumah, yang masih lagi malas nak membaca apatah lagi al-quran.. parah dan jauh beza dengan mereka.
Walaupun begitu, MEREKA TIDAK AKAN SESEKALI MENINGGALKAN BUMI SUCI ITU, TANAH AL-QUDS
kerana...
 
Oh tidak.. jangan anda dan anda sangkakan kita yang tidak berada disana kita dah cukup merasa aman dan lega sebab kita yang sama-sama bertauhidkan kalimah laaillahaillallah ada tanggunggjawab yang perlu dilakukan buat mereka.. sebab kelak kita akan dipersoalkan..

bagaimana tanda kita cakna akan mereka seperti yang dikongsikan oleh saudari Fatimah Syarha;

 LANGKAH MENYOKONG GAZA, PALESTIN
1. Ikuti berita yang berlaku di Gaza, Palestin seperti jumlah mereka yang syahid, jumlah yang cedera dan kerosakan yang berlaku.
- boleh dapatkan info yang paling latest dekat AMAN PALESTIN  http://www.amanpalestin.net atau AQSA SYARIF  http://www.aqsasyarif.org.my
2. Muat turun gambar-gambar kekejaman Zionis dan sebarkan seluas-luasnya melalui emel, telefon, printed material dan sebagainya.
3. Ikuti kejayaan-kejayaan ajaib yang dicapai oleh hero-hero di Gaza dengan bantuan Allah S.W.T. setiap hari, seperti berapa orang askar Yahudi yang dapat ditewaskan dan berapa buah kereta kebal yang dapat ditumpaskan.
4. Telefon pejuang-pejuang di Gaza, beritahu mereka kamu dari mana, dan kongsi perasaan kamu, sokongan kamu, simpati kamu dan keyakinan kamu bahawa mereka akan menang atau dimuliakan dengan syahid. Boleh hubungi nombor ini 009708285xxxx. Tukarkan nombor xxxx dengan sebarang nombor.
5. Lekatkan gambar-gambar Palestin di bilik, kereta, komputer dan sebagainya.
6. Sertai aktiviti-aktiviti tentang Palestin seperti ceramah, seminar dan demonstrasi.
7. Anjurkan aktiviti-aktiviti kesedaran Palestin untuk jiran-jiran, mahallah, surau seperti qiamullail dan solat hajat berkumpulan.
8. Jadikan isu Palestin topik penting perbincangan di kalangan kawan-kawan. Jadikan
ia isu pertama yang kamu bicarakan selepas bertanya khabar seseorang.
9. Boikot! Boikot! Boikot! Barangan Israel dan Amerika.
10. Ingat Palestin dalam doa dan solat. Bacakan Qunut Nazilah untuk Israel.


sekalipun dengan hanya shoot secebis doa, sudah cukup mengambarkan kasih sayang dan cakna anda buat mereka.. T_T


Bila sedar akan mereka... gerenti dah segan dah tengok katil balik lepas bangkit subuh,
dah segan dah nak main game ke apa.. tarbiyah untuk membebaskan Al-Aqsa!