Bismillah
Assalamualaikum,






Empat tiga puluh tiga minit pagi.
Masih menaip diruangan space sendiri. Sekadar menjenguk dan menitipkan beberapa tinggalan huruf-huruf atau tulisan agar dijentik rasa sedar bahawa aku harus atau dalam erti kata perlu bertanggungjawab dalam menunaikan janji untuk terus setia menulis walaupun kadang-kadang agak terlalu apa saja. Random dan sedikit mengarut. Puyuk juga masih lagi belum berbunyi ( misi 1st entry masih terbengkalai)

Dalam beberapa hari ini,
tiada sangat yang nak dikisahkan, tiada yang luar biasa yang berlaku. Cumanya sejak beberapa hari yang lalu terlalu terasa keseorangan hinggalah Allah menjentik rasa ingin bertemu dengan sahabat-sahabat lama dan seakan-akan menghidupkan kembali hati yang dah lama merindui gelak tawa, riuh rendah aku yang dulu. tambah, aku bersama dengan mereka. Alhamdulilah,gembira. sangat.

Ayah yang dah lama berehat sebab terpaksa cuti sakit pun dah mula menunjukkan keadaan ayah yang sebelumnya sakit. Alhamdulillah, gembira. sangat.

itu saja,sekadar titipan untuk menhidupkan ruangan ini
insya-allah akan datang, cuba tidak macam sekarang
untuk bersungguh-sungguh menggunakan ruang yang ada untuk menambah imbuhan di hari kelak. Doakan saja harap-harapnya.. :)