Bismillah
Assalamualaikum
Selamat
Tahun Baru!!! (sound effect dari kuali mak buat ketuk-ketuk).
Apekebende
selamat tahun baru dalam pertengahan Jun camni.? Aah la baru tuk aku. baru
rajin nak hupdate entry tahun ni, baru ada baki perasaan nak bukak blog ni.
Sumpah, janji dulu kelaut.
Tapi
hamdanlillah dengan izin dari Rabbi, ada kesempatan yang tak ternilai. First
entry di tahun 2015, Jun dan yes.. Ramadhan satu. Allahu., masih merasai
kesempatan ramadhan kali ini.
Lama
sangat tak singgah sini kan? sampai rasa macam blur dah nak cite ape walopun
banyak sangat benda yang berlaku sepanjang tempoh ‘jadi halimunan nih’, ada
tapi kekonon buat takde. Anyway, sebagai permulaan, Ahlan wasahlan ya ramadhan,
ramadhan Mubarak buat jiwa- jiwa yang rindu akannya. Moga ramadhan kali ini
menjadi ramadhan yang terbaik tuk menjadi insan rabbani, insya-Allah :’) Tak nak sentuh lagi pasal ni dahulu, cume nak share pasal ramadhan boleh rujuk entry lepas ( Ramadhan yang Happy! )
Hamdalillah
buat Rabb yang esa, buat masa sekarang memegang status sebagai seorang guru di sebuah SMA negeri. Gembira bila sentiasa duduk dalam biah ilmu. Awal-awal dulu masa masuk kerja I was like 'eh mampu ke aku nak sumbang ilmu kat orang' 'boleh ke aku handle semua nih?' 'diorang boleh anggap aku guru tak?'. Punye laahh low-esteem dan penuh perasaan negativity. Lalu aku teringat kalam Allah dan aku berpegang padanya bahawa :
لاَ يُكَلِّفُ اللهُ نَفْسًا اِلاَّ وُسْعَهَا
Ertinya: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya (Al-Baqoroh: 286)
Allah bagi sesuatu kat aku sebab aku tahu aku mampu, aku boleh. Kalo tak aku tak jadi orang terpilih tuk menggalas tanggungjawab nih. Jadi aku buat yang terbaik. Recall balik study balik apa yang pernah belajar, perah idea nak memahamkan pelajar. Paling penting tahap kesabaran kene level 7.0 PH Neutral bile berdepan dengan pelajar yang macam-macam karenah. Cakap pasal pengalaman sana, gayanya pada entry akan datang insya-Allah.
Okay itu sahaja sebagai mukaddimah tuk citer yang latest dari aku.
Apeapepun, doakan yang terbaik buatku neh.
salam Ramadhan andddddd publish!
thanks you for reading this entry ^_^