RAMADHAN YANG HAPPY!
BISMILLAH,
Assalamualaikum people..
Ya Allah macam x layak je aku mempunyai blog lani baru ada kesempatan nak bukak lappy dan nasib baik ada perasaan prihatin nak bukak blog yang rasanya tak berapa serasi dah dipanggil blog atau what so called dunia kedua sasa?pftt.. huhu tengoklah janji-janji melayu yang aku buat dalam first entry hari tu, alahai
Assalamualaikum people..
Ya Allah macam x layak je aku mempunyai blog lani baru ada kesempatan nak bukak lappy dan nasib baik ada perasaan prihatin nak bukak blog yang rasanya tak berapa serasi dah dipanggil blog atau what so called dunia kedua sasa?pftt.. huhu tengoklah janji-janji melayu yang aku buat dalam first entry hari tu, alahai
Alhamdulillah
thumma alhamdulillah..tak termampu diungkap dengan kata-kata
tak
terhitung rahmat dan kasih-sayang yang Allah limpahkan
tak
tertanggung beban dosa-dosa yang dilakukan..
saat
ini....
saat
jari menari diatas keyboard
saat
udara dapat ditarik dan dihembuskan keluar
saat
anggota badan dan deria masih lagi berfungsi
saat
masih mempunyai orang-orang mengasihiku..
dan
kini,
Allah
bagi aku ruang dan kesempatan untuk merasai ramadhan kali ini, ramadhan ke-9
;'(
apa
khabar ramadhan kita sekarang?
apa
khabar iman kita?
apa
khabar amalan-amalan kita?
Rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan ahlan wassahlan ramadhan 1435H..walopun
dah nak habis fasa pertama.. allah.. sayang sangat hari-hari yang kita telah
lalui sebelum ni tapi kita tak mampu menyumbangkan saham kita diakhirat kelak
lebih-lebih lagi di bulan yang Allah gandakan setiap amalan yang kita lakukan..dan
aku sendiri masih level slow-slow motion lagi.. tu namanya kne ada orang saling
duk peringatkan aku..
Teringat kisah kaum Nabi Nuh yang hidupnya panjang..beratus-ratus tahun tapi
dalam lamanya hidup mereka, sekerat cuma yang ikut seruan baginda, yang taatkan
Allah.. tapi yang lain hidupnya panjang tapi habiskan hidup mereka dengan
menyembah berhala, mengejek baginda dengan kata-kata keji dan bermaksiat. Umur
panjang yang Allah kurniakan mereka sia-siakan.
Imagine kalo nikmat umur yang panjang macamtu betul-betul beribadah kepada
Allah.,tapi obviously, we can't live for so long.. that's why ramadhan kali ini
kita manfaatkan sebaik-baiknya.. sehabis-habis daya kita.
tak
tahu? xde mood der? malas dowh? berat ah?
ha.. ni
yang aku cadanglah..,
-
Niat dan impian:
Haruslah
ada niat yang suci murni dulu dan binalah impian untuk menjadi muslim ramadhani
yang lahir dari madrasah ramadhan. Paling kurang mahu menjadi muslim yang lebih
baik dari semalam.. dan ramadhan adalah sebaik-baik tempat menyekolahkan
kita. Takpe, takpe walopun hari ini dah nak habis fasa pertama, kita tetap
harus tajdid (memperbaharui) niat hari-hari. Biar selalu ada semangat baru!
- Cari ilmu dan study sungguh-sungguh
pasal ramadhan:
Bukan
takat makruh dan haram puasa tapi anything. Anything pasal ramadhan; sejarah,
peristiwa yang berlaku, hukum-hakam puasa, hikmah, amalan-amalan sunat,
ganjaran, sirah etc. Bila dah ada ilmu, gerenti kita akan lebih bersedia
dan bersemangat nak tempuh ramadhan yang memang de best nih dan ^_^
- Paksa
diri!
Cliche
sangat kalo orang cakap: "dey nak buat ibadah biarlah ikhlas"
ye, betul tak dinafikan syarat utama dalam beribadah adalah ikhlas tapi nak
cari keikhlasan tu sampai bila kalo kita tak de sikit pun nak gerak and start
buat? sampai bila? sampai bila ikhlas nak datang? huarghh!
moga
dalam keterpaksaan itu kita temui hikmah, dan dalam hikmah kita temui
keikhlasan, dan dalam keikhlasan kita temui kemanisan dalam beribadah.
insya-Allah kita boleh, kitakan umat islam..haruslah lebih baik dari semalam
^_^
-
Peranan supporter:
Cari
geng yang boleh dijadikan supporters kita ala-ala geng ramadhan, ni dah boleh
kalo nak create group kat FB ke, WASSUP ke untuk sama-sama saling
ingat-mengingati. 1hari 1post (dakwah).
-
Wujudkan suasana:
Teringat
ada Ustazah Norhafizah Musa cerita kat corong radio bila beliau kat Makkah tak
silap.. Masya-Allah orang-orang disana memang bersungguh-sungguh celebrate
kedatangan ramadhan ni.. siap ada banners, slogans, saling berbalas ucapan
"ahlan wasahlan". memang meriah kita dengar tapi berbezakan kita kat
Malaysia..macam kurang je yang banyaknya: promosi raya, diskaun hebat dan
macam-macam lagi yang nampak gayanya lebih nak utamakan sambut raya dulu..hu
Ada
kawan aku dulu hihi siap buat maskot ramadhan kot letak dalam bilik dia, letak
lampu lip-lap, kata-kata semangat, poster bagai. Memang cool n salute laa kat
dia!
- Checklist ramadhan:
Yang ni
penting sebgai KPI ( key performance indicator) amalan seharian di bulan
ramadhan. Ini lebih kepada satu perhitungan untuk bermuhasabah diri melalui
amalan yang kita telah lakukan dan untuk guide dan elakkan daripada melakukan
perkara sia-sia dan hot-hot chicken&^%. Janji kenalah istiqamah dan
mujahadah. Sikit-sikit dulu takpe, asal jadi kebiasaan.
Contoh
macam ni;
nanti
bolehlah print dan tampal kat bilik.. memang cool sangat
dan
banyak lagilah poster ala-ala mindmap ke buat kita tambah semangat hihi
dan
banyak sangat kalo nak upload kat sini, memang mudah dan jangan kita nampak
ramadhan tu semata-mata puasa sahaja dan sebagai bebanan,oh tidak tapi lebih
sekadar itu.
Lastly, yang paling penting adalah usaha kita sendiri, kita nak berubah jadi
haruslah ada cetusan yang datang dari jiwa kita sendiri..kalo orang lain dah
tak boleh ubah kita dan kita sendiri tak nak berubah, memang wassalam. Moga
ramadhan kali ini betul-betul mengubah diri kita menjadi yang lebih baik dan
amalan-amalan yang kita lakukan menjadi saham akhirat kelak.
Mohon
doa buat diri ini juga ya,
kita
sama-sama nak harap syurga dan redha Allah ;'(