Wednesday, June 3, 2020

BISMILLAH,
ASSALAMUALAIKUM..

    Bila dihitung kembali entry kali terakhir adalah pada tiga tahun yang lalu. Allahuakbar begitu banyak perkara dan perubahan yang berlaku selari dengan masa yang tidak pernah berhenti. Saat ini adalah pertengahan 2020. Aku kira blog masih lagi ada tempat di hati dikalangan yang membaca.

    Bagaimana aku terdetik kembali ke sini adalah kerana aku rindu masa aku yang lalu, kesempatan dalam menulis dan meluah tanpa sebarang sekatan dan halangan. Malah, aku yang kini bukan lagi seorang yang lancar dalam menyusun kata, bahasaku tidak lagi berseni walaupun aku bukan seorang yang mahir berbahasa sejak dari dulu apatah lagi kemalasan memegang pen sehingga aku makin kekok untuk menulis di dalam buku. Alasan yang sesuai barangkali.


    Tiga tahun terkebelakang ini aku mahu merekod apa yang menjadi sejarah bagi diriku sendiri untuk rujukan aku akan datang dalam entry istimewa ini :
  •  beli kereta pertama dan mula menyewa, 2017
  •  ditimpa sakit sehingga mc selama 2 minggu, 2019
  •  berjaya habiskan KDC DPLI, 2019
  •  temuduga dan penempatan tetap daripada SPP, 2020
  •  mula belajar mengutamakan dan menyayangi diri sendiri dimana ini adalah loncatan  terbesar bagi seorang aku dan perkara inilah membuatkan aku sangat bahagia sekarang.

    Paling bersejarah bagi diriku malah seluruh rakyat Malaysia saat ini adalah terjadinya COVID-19 dan PKP yang aku tidak akan bercerita disini. Apa yang aku mahu nyatakan adalah kesan daripada perkara itu ialah sudah hampir 3 bulan aku dan yang lain tidak masuk bekerja di sekolah dan beraya dalam keadaan luar biasa yang tidak mungkin aku akan lupakan selamanya.

    Aku rasa cukup setakat ini mukadimah untuk aku simpulkan 3 tahun yang berlalu dan aku berharap akan kembali lagi ke sini dengan pelbagai cerita yang berlaku, blog yang makin baik dan menarik untuk aku lebih bersemangat dan tidak kekok menabur kata. 



Salam 11 syawal and publishhhh..!

 







Sweet_Sasa . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates