Wednesday, July 9, 2014


BISMILLAH
Assalamualaikum people,
My 1st attempt buat sekut coklat cip biasa aje pun...kononnya sampai nak samakan level dengan sekut yang popular seantero duniaaa tu..eh?  first try pun kira not bad laa bahkan rasa osem sekejap sampai terkonpius yang aku kira-kira dah baking banyak kali dah tapi tinggal ciput gara-gara kerakusan adik-adik.whee. Alhamdulillah mereka suka. 
Sebenarnya benda yang paling senang nak buat, kira dah banyak dah thread pasal resepi biskut yang ala tutupmatatuptup dah siap. Tapi oleh kerana diri ini seorang penyayang maka wujudlah perkongsian resepi ini:-

RESEPI FAMOUS AMOS AMAZING WOW!



BAHAN A:
½ cawan gula kastor
½ cawan gula perang (ikut kesesuaian deria manis anda)
1 cawan marjerin (dilebihkan yang asal sebab ganti minyak jagung)
Telur 2 biji
1 sdb Esen vanilla
Secubit garam
BAHAN B:
4 cawan tepung gandum yang telah diayak (atau better dari tepung gandum biasa macam tepung serbaguna dll) nisbah dalam 70g
2 sdb serbuk koko
½ sdk soda bikarbonat
½ sdk serbuk penaik
2 cawan badam yang telah dicincang dan dipanggang
2 cawan semi sweet choc chip

CARA-CARA: 
- Ayak semua bahan tepung dengan lenggok badan sekali.


   - Adunkan semua bahan A dan bahan B kedalam bekas yang bersesuaian menggunakan mixer sehingga doh menjadi gebu dan lembut.
doh agak lembut (agak lembik) dan tidak terlalu hancur ketika ditarik


2- Campurkan bahan A dan bahan B secara step by step dan pukul sehingga tepung dan cecair sebati.
3- Letakkan chop chip dan hirisan badam kedalam adunan dan gaul.


4- Bila sudah sebati, kepalkan doh dengan tangan atau hanya sudukan doh di atas loyang. Penyekkan sedikit dengan garpu.
Susun dan jarakkan doh di atas loyang sebab tak mau baby doh anda terbantut tumbesaran saat mau mengembang di dalam oven.
5- Bakar dalam oven kira-kira dalam suhu 180°c selama 20-25minit mengikut kesesuaian tahap kepanasan oven anda.
Bakar sehingga doh menampakkan warna perang tetapi lembut didalam, boleh test dengan garfu.

6- Bukak penutup oven sambil kipas-kipaskan bau ke hidung sambil senyum tanda puas hati, let cool completely and then transfer biskut cute anda ke dalam balang.  and Done! sedia untuk dikunyah dan dihadam..



Allahurabbi, memang bahagia sangat menghabiskan waktu dengan membaca buku sambil mulut tak henti-henti kunyah sekut osem kite tuh hihi.., berteman pulak dengan rintik-rintik hujan kat luar. Voila!


p/s: dah lama nak post entry pasal ni, tapi asyik tersimpan kemas dalam draft folder, dan ayat mulut tak henti-henti kunyah sekut osem kite diatas tuh memang tak sesuai lansung time bulan pose camni, maafkan saya :D Nanti bolehlah nak godek-godek resepi bese-bese ini lagi kalo nak buat hidangan raya nanti.
Ehem, dalam 1 kali percubaan, haruslah ada kegagalan dulu baru mencapai kejayaan. muweheeehee!




 HAPPY BAKING YO!

Sweet_Sasa . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates