Friday, June 19, 2015

Bismillah
Assalamualaikum
dan Hi People..!


Selamat Tahun Baru!!! (sound effect dari kuali mak buat ketuk-ketuk).

Apekebende selamat tahun baru dalam pertengahan Jun camni.? Aah la baru tuk aku. baru rajin nak hupdate entry tahun ni, baru ada baki perasaan nak bukak blog ni. Sumpah, janji dulu kelaut.
Tapi hamdanlillah dengan izin dari Rabbi, ada kesempatan yang tak ternilai. First entry di tahun 2015, Jun dan yes.. Ramadhan satu. Allahu., masih merasai kesempatan ramadhan kali ini.

Lama sangat tak singgah sini kan? sampai rasa macam blur dah nak cite ape walopun banyak sangat benda yang berlaku sepanjang tempoh ‘jadi halimunan nih’, ada tapi kekonon buat takde. Anyway, sebagai permulaan, Ahlan wasahlan ya ramadhan, ramadhan Mubarak buat jiwa- jiwa yang rindu akannya. Moga ramadhan kali ini menjadi ramadhan yang terbaik tuk menjadi insan rabbani, insya-Allah :’) Tak nak sentuh lagi pasal ni dahulu, cume nak share pasal ramadhan boleh rujuk entry lepas ( Ramadhan yang Happy! )


Hamdalillah buat Rabb yang esa, buat masa sekarang memegang status sebagai seorang guru di sebuah SMA negeri. Gembira bila sentiasa duduk dalam biah ilmu. Awal-awal dulu masa masuk kerja I was like 'eh mampu ke aku nak sumbang ilmu kat orang' 'boleh ke aku handle semua nih?' 'diorang boleh anggap aku guru tak?'. Punye laahh low-esteem dan penuh perasaan negativity. Lalu aku teringat kalam Allah dan aku berpegang padanya bahawa :

لاَ يُكَلِّفُ اللهُ نَفْسًا اِلاَّ وُسْعَهَا 

Ertinya: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya (Al-Baqoroh: 286)


Allah bagi sesuatu kat aku sebab aku tahu aku mampu, aku boleh. Kalo tak aku tak jadi orang terpilih tuk menggalas tanggungjawab nih.  Jadi aku buat yang terbaik. Recall balik study balik apa yang pernah belajar, perah idea nak memahamkan pelajar. Paling penting tahap kesabaran kene level 7.0 PH Neutral bile berdepan dengan pelajar yang macam-macam karenah. Cakap pasal pengalaman sana, gayanya pada entry akan datang insya-Allah.

Okay itu sahaja sebagai mukaddimah tuk citer yang latest dari aku.
Apeapepun, doakan yang terbaik buatku neh.



salam Ramadhan andddddd publish!


thanks you for reading this entry ^_^








Sweet_Sasa . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates