Sudah berbulan lamanya setia,
jadi driver, orang gaji, teman shopping, untuk kakaknya,
tahan dengar bebelan hari-hari
buat apa je kalo diminta tak kira dia tuu sedang letih ke, hari panas ke hujan ke, kalo dia tido pun kakak dia aci je minta bangun belikan hatta gula-gula.

Memang paling amat sangat tak tahu dah macam mana lagi nak hiperbolakan ayat yang mengatakan
KAKAKMU INI SANGAT BERTERIMA KASIH atas segala yg Iddin lakukan dan serius rasa macam hilang anggota badan je kalo Iddin takde.. T_T

kira macam terbaik dah kakaknya duk confess gini walaupun kat sini dia tak tahu menahu pun hikhik

Asal aku syahdu sangat malam ni? haih Iddin nak masuk U je kan.. bukan nak kahwin ke menetap negara lain ke. nak masuk belajar, lagipun dekat je kat KL tuu.. err ayat nak pujuk diri sendiri ekceli 

Jadi pesan along satu je, belajar rajin-rajin, aktifkan diri dengan aktiviti berilmiah, pandai pilih kawan, jangan tahan lapar..iddin tu ada nyakit gastrik, jaga diri/peribadi dan yang penting jaga iman. Memang dah syahdu , lupa dah nak pesan satu je.